Halaman

Thursday, July 28, 2011

Disebalik Kegilaan Peminat : Justin Bieber

Assalammualaikum..

Sebentar tadi, aku terbaca tentang satu artikel dekat facebook Komuniti Remaja Islam..Walaupun dah lama, tahun 2010.. tapi aku baru baca artikel tu harini..hehe..Aku tahu bukan senang nak benci orang yang kita dan minat atau suka..tapi, kita kena beringat, tu semua hiasan dunia je..dan ia tidak akan menyumbang apa-apa faedah dan pahala untuk kita di akhirat kelak.betul tak????Selamat membaca..(^_^)

Justin Bieber lambang Illuminati (Freemason)

by Komuniti Remaja Islam on Sunday, November 14, 2010 at 1:42am
Kepada sesiapa yang amat meminati penyanyi Justin Bieber (JB) yang popular dengan lagu Baby hingga selalu terpekik melolong macam dirasuk hantu apabila mendendangkan bait-bait lagu Jb dinasihatkan agar segera bertaubat.

Ini kerana, apabila anda menyebut setiap perkataan dalam lagu JB yang bertajuk Baby, anda secara tidak sengaja telah "menyebut perkataan yang menyembah dajjal/juru selamat Yahudi".

Ini boleh dikesan dengan cara men"terbalik"kan lagu tersebut (ke belakang). Untuk rekod, Justin adalah pemimpin muda Illuminati-New World Order iaitu sebuah organisasi antarabangsa Yahudi yang memperjuangkan konsep One World-One Religion-One Israel.

Sila lihat bukti video ini : http://www.facebook.com/video/video.php?v=166592666694091&ref=mf


Perkongsian bersama : Rela Masuk Ke Dalam Api Neraka

Assalamualaikum..
Disini ada satu artikel yang aku dapat dari facebook Komuniti Remaja Islam.. Mudahan kita semua akan sama-sama mengambil manfaat darinya..


Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Sorga-Nya?.

Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya.

Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT.

Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi". 

_____________________________________________________

Marilah kita berfikir sejenak kisah di atas...

Apa kita sanggup masuk ke dalam neraka?
Apakah amalan kita mencukupi untuk melepasi azab-Nya?
Apa kita berani masuk ke dalam neraka ?
Apa yang kita telah lakukan di bumi Allah SWT ini?

Marilah kita berfikir....
____________________________________________________

Wednesday, July 27, 2011

Hadirnya Cahaya Ramadhan...(^_^)

Assalammualaikum wahai umat yang dirahmati ALLAH..
Alhamdulillah...
Jutaan kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana..
Memberi kita nikmat dan peluang untuk hidup dan bernafas di bumi  ini...
Memberi kita rezeki dan umur yang panjang..
Bagi menyambut Ramadhan pada kali ini..

Tetapi..
Adakah waktu yang tersisa ini menjanjikan kita untuk
bertemu dengan bulan yang penuh rahmat dan barakah itu...
Kita semua mengetahui bahawa ajal maut boleh berlaku sekelip mata sahaja..
Walaupun hanya tinggal beberapa saat...
ALLAH lah yang menentukan segalanya..

Ya ALLAH..
Kami takut dengan kemurkaanMU..
Kami takut dengan siksaan yang dijanjikan bagi hambaMU yang ingkar akan perintahMU..
Kami takut Ramadhan yang kami tempuhi ini..
Merupakan Ramadhan yang terakhir buat kami..

Ya ALLAH..
Jika benar sudah tertulis tentang pengakhiran hidup kami..
Berilah kami kekuatan, keimanan dan ketabahan dalam mengisi bulan penuh barakah itu..
Dalam beribadah kepadaMU..
Dengan penuh khusyuk, ikhlas, sabar, istiqamah..
Tuluskanlah nawaitu kami dalam mendekatkan diri kepadaMu..
Buangkanlah dan putuskanlah simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan
Hawa nafsu yang selama ini merajai diri kami Ya ALLAH..
Hawa nafsu yang boleh memesong dan meragukan hati kami
Untuk terus menuju ke jalan lurusMU..

Ya ALLAH..
Betapa besarnya nikmatMU..
Betapa luasnya rahmatMU...
Betapa mudahnya keampunan yang diberikan kepada hambaMU...
Bagi hambaMU yang bertaubat dan kembali pada jalan lurusMU Ya ALLAH..

Ya ALLAH..
Kami memohon kepadaMU..
Berilah kami keberkatan dan kerahmatan
Dalam menjalani sisa-sisa hidup ini..
Berilah kami hati dan minda yang sentiasa mengingatiMU
Keinginan untuk sentiasa mendekatkan diri kepadaMU..
Janganlah dijauhkan rahmat dan hidayahMU dari diri kami..

Ya ALLAH...
Yang Maha Pengampun, Penyayang dan Maha Mengasihani..
Semoga kami semua akan beroleh Husnul Khatimah..
Amin Ya Rabbal Alamin..(^_^)