Halaman

Saturday, May 28, 2011

Berakhir Sudah Satu Perjuangan,Bermulanya Sebuah Kehidupan..

Sedar tak sedar, sudah tiga tahun aku belajar dekat UUM.  Sedih giler rasanya, terpaksa tinggalkan kawan2.. rutin aku dekat kampus.. UUM  memang satu tempat yang menarik, landskap pun cantik. Walaupun ramai orang luar anggap UUM ni universiti low profile. Tapi aku bangga jadi mahasiswa UUM.  Kat situlah tempat aku menimba ilmu dan mengajar aku erti kehidupan dan susah payah perjuangan untuk sentiasa berusaha menjadi yang terbaik terutama dalam pelajaran.
Aku ingat lagi masa pendaftaran tahun 2008 dulu, dengan ditemani mak ayah tersayang, banyak jugak prosedur untuk pendaftaran. Fiuh! Sangat memenatkan.. sedih je bila aku kena tinggal masa tu, menangis confirm la. L. Sem 1, 2 merupakan sem foya2 aku, bila  dapat pointer rendah, baru nak kelam kabut. Emm..Aku suka gelak, jadi bila aku gelak, blok sebelah pun dah boleh agak sape yang gelak. Sungguh  tak sopan kan. Hahaha.
Perkara yang aku tak boleh nak lupa masa buat assignment, sampai ponteng2 kelas. Nak siapkan assignment punya pasal. Kadang berkampung dekat pantry siapkan assignment. Bila dah fokus kat assignment, time untuk study pun macam dah tak sempat. Study week baru nak start stduy, mana nak sempat cik kak oi.. huhu.
15hb 1, tarikh bermulanya semestar terakhir untuk aku. Sem 6. Sem yang boleh dikira menyeronokkan dalam hidup aku kat UUM. Walaupun lagi banyak assignment dan presentation aku kena buat, tapi aku seronok. Dapat timba lagi banyak experience and knowledge. Semua kenangan tu tak dapat aku nak lupakan. Sayu je bila ingat semula. Suka duka, Gelak tawa aku dengan kawan2 aku.
Sekarang aku tengah tunggu untuk praktikum. Dapat dekat uthm. Start 1hb 6 ni, debar pulak rasanya. Apa la aku nak buat kat sana nanti, jangan la aku malukan UUM. Huhu. Aku harap aku dapat buat yang terbaik. Chaiyo2 untuk aku! Hehe. Masa dekat U, aku tak payah pun nak risau pasal duit, sebab dapat ptptn. Haha. Tapi sekarang baru aku sedar... suatu kehidupan yang mencabar sedang menanti aku.. saat untuk aku merasa erti kepayahan untuk survive hidup... kesulitan untuk isi periuk nasi sendiri.. suatu perjuangan baru untuk mencapai cita-cita dan kerjaya yang aku idam-idamkan.. kadang aku terfikir??? Mampukah aku untuk capai semua tu???
Jawapannya... hanya bergantung pada usaha dan doa aku pada yang Maha Esa. ALLAH kan Maha Adil.Orang kata.. makin besar ujian yang kita hadapi.. makin terbaik kejayaan yang kita akan dapat. Pepatah tu ade benarnya.. Jadi, aku harap aku akan sentiasa bersemangat dan berusaha untuk capai apa yang aku angankan.. dan untuk kawan2 seperjuangan aku.. aku doakan korang pun akan berjaya dengan cemerlang dalam dunia pekerjaan yang penuh mencabar ni dan dapat capai apa yang korang idamkan.. AMIN.. YA ALLAH.. BERILAH KAMI KEJAYAAN, RAHMAT & BERKATMU DALAM MENGHADAPI KEHIDUPAN YANG PENUH DENGAN CABARAN INI... Kecemerlangan Dalam Suatu Kehidupan Yang Baru Saja Bermula.. ;-)