Halaman

Thursday, July 28, 2011

Disebalik Kegilaan Peminat : Justin Bieber

Assalammualaikum..

Sebentar tadi, aku terbaca tentang satu artikel dekat facebook Komuniti Remaja Islam..Walaupun dah lama, tahun 2010.. tapi aku baru baca artikel tu harini..hehe..Aku tahu bukan senang nak benci orang yang kita dan minat atau suka..tapi, kita kena beringat, tu semua hiasan dunia je..dan ia tidak akan menyumbang apa-apa faedah dan pahala untuk kita di akhirat kelak.betul tak????Selamat membaca..(^_^)

Justin Bieber lambang Illuminati (Freemason)

by Komuniti Remaja Islam on Sunday, November 14, 2010 at 1:42am
Kepada sesiapa yang amat meminati penyanyi Justin Bieber (JB) yang popular dengan lagu Baby hingga selalu terpekik melolong macam dirasuk hantu apabila mendendangkan bait-bait lagu Jb dinasihatkan agar segera bertaubat.

Ini kerana, apabila anda menyebut setiap perkataan dalam lagu JB yang bertajuk Baby, anda secara tidak sengaja telah "menyebut perkataan yang menyembah dajjal/juru selamat Yahudi".

Ini boleh dikesan dengan cara men"terbalik"kan lagu tersebut (ke belakang). Untuk rekod, Justin adalah pemimpin muda Illuminati-New World Order iaitu sebuah organisasi antarabangsa Yahudi yang memperjuangkan konsep One World-One Religion-One Israel.

Sila lihat bukti video ini : http://www.facebook.com/video/video.php?v=166592666694091&ref=mf


Perkongsian bersama : Rela Masuk Ke Dalam Api Neraka

Assalamualaikum..
Disini ada satu artikel yang aku dapat dari facebook Komuniti Remaja Islam.. Mudahan kita semua akan sama-sama mengambil manfaat darinya..


Nabi Musa AS suatu hari sedang berjalan-jalan melihat keadaan ummatnya. Nabi Musa AS melihat seseorang sedang beribadah. Umur orang itu lebih dari 500 tahun. Orang itu adalah seorang yang ahli ibadah. Nabi Musa AS kemudian menyapa dan mendekatinya. Setelah berbicara sejenak ahli ibadah itu bertanya kepada Nabi Musa AS, Wahai Musa AS aku telah beribadah kepada Allah SWT selama 350 tahun tanpa melakukan perbuatan dosa. Di manakah Allah SWT akan meletakkanku di Sorga-Nya?.

Tolong sampaikan pertanyaanku ini kepada Allah. Nabi Musa AS mengabulkan permintaan orang itu. Nabi Musa AS kemudian bermunajat memohon kepada Allah SWT agar Allah SWT memberitahukan kepadanya di mana ummatnya ini akan ditempatkan di akhirat kelak. Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepadanya bahwa Aku akan meletakkannya di dasar Neraka-Ku yang paling dalam". Nabi Musa AS kemudian mengabarkan kepada orang tersebut apa yang telah difirmankan Allah SWT kepadanya.

Ahli ibadah itu terkejut. Dengan perasaan sedih ia beranjak dari hadapan Nabi Musa AS. Malamnya ahli ibadah itu terus berfikir mengenai keadaan dirinya. Ia juga mulai terfikir bagai mana dengan keadaan saudara-saudaranya, temannya, dan orang lain yang mereka baru beribadah selama 200 tahun, 300 tahun, dan mereka yang belum beribadah sebanyak dirinya, di mana lagi tempat mereka kelak di akhirat.

Keesokan harinya ia menjumpai Nabi Musa AS kembali. Ia kemudian berkata kepada Nabi Musa AS, "Wahai Musa AS, aku rela Allah SWT memasukkan aku ke dalam Neraka-Nya, akan tetapi aku meminta satu permohonan. Aku mohon agar setelah tubuhku ini dimasukkan ke dalam Neraka maka jadikanlah tubuhku ini sebesar-besarnya sehingga seluruh pintu Neraka tertutup oleh tubuhku jadi tidak akan ada seorang pun akan masuk ke dalamnya". Nabi Musa AS menyampaikan permohonan orang itu kepada Allah SWT.

Setelah mendengar apa yang disampaikan oleh Nabi Musa AS maka Allah SWT berfirman, "Wahai Musa (AS) sampaikanlah kepada ummatmu itu bahwa sekarang Aku akan menempatkannya di Surga-Ku yang paling tinggi". 

_____________________________________________________

Marilah kita berfikir sejenak kisah di atas...

Apa kita sanggup masuk ke dalam neraka?
Apakah amalan kita mencukupi untuk melepasi azab-Nya?
Apa kita berani masuk ke dalam neraka ?
Apa yang kita telah lakukan di bumi Allah SWT ini?

Marilah kita berfikir....
____________________________________________________

Wednesday, July 27, 2011

Hadirnya Cahaya Ramadhan...(^_^)

Assalammualaikum wahai umat yang dirahmati ALLAH..
Alhamdulillah...
Jutaan kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana..
Memberi kita nikmat dan peluang untuk hidup dan bernafas di bumi  ini...
Memberi kita rezeki dan umur yang panjang..
Bagi menyambut Ramadhan pada kali ini..

Tetapi..
Adakah waktu yang tersisa ini menjanjikan kita untuk
bertemu dengan bulan yang penuh rahmat dan barakah itu...
Kita semua mengetahui bahawa ajal maut boleh berlaku sekelip mata sahaja..
Walaupun hanya tinggal beberapa saat...
ALLAH lah yang menentukan segalanya..

Ya ALLAH..
Kami takut dengan kemurkaanMU..
Kami takut dengan siksaan yang dijanjikan bagi hambaMU yang ingkar akan perintahMU..
Kami takut Ramadhan yang kami tempuhi ini..
Merupakan Ramadhan yang terakhir buat kami..

Ya ALLAH..
Jika benar sudah tertulis tentang pengakhiran hidup kami..
Berilah kami kekuatan, keimanan dan ketabahan dalam mengisi bulan penuh barakah itu..
Dalam beribadah kepadaMU..
Dengan penuh khusyuk, ikhlas, sabar, istiqamah..
Tuluskanlah nawaitu kami dalam mendekatkan diri kepadaMu..
Buangkanlah dan putuskanlah simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan
Hawa nafsu yang selama ini merajai diri kami Ya ALLAH..
Hawa nafsu yang boleh memesong dan meragukan hati kami
Untuk terus menuju ke jalan lurusMU..

Ya ALLAH..
Betapa besarnya nikmatMU..
Betapa luasnya rahmatMU...
Betapa mudahnya keampunan yang diberikan kepada hambaMU...
Bagi hambaMU yang bertaubat dan kembali pada jalan lurusMU Ya ALLAH..

Ya ALLAH..
Kami memohon kepadaMU..
Berilah kami keberkatan dan kerahmatan
Dalam menjalani sisa-sisa hidup ini..
Berilah kami hati dan minda yang sentiasa mengingatiMU
Keinginan untuk sentiasa mendekatkan diri kepadaMU..
Janganlah dijauhkan rahmat dan hidayahMU dari diri kami..

Ya ALLAH...
Yang Maha Pengampun, Penyayang dan Maha Mengasihani..
Semoga kami semua akan beroleh Husnul Khatimah..
Amin Ya Rabbal Alamin..(^_^)

Thursday, July 21, 2011

Do the right thing in the first time..How???

Assalam..
Wrong? and wrong again?? Sometimes.. when we do some job or things, we don't realize that we have do some mistake..and the another person will see or observe our mistake.. Why be like that?? Because... we, as a human.. not perfect right?? we cannot escape ourself from do a mistake.. that true.. but.. we can do some prevention or action to reduce that..How??

Effort! Doa! Tawakal to ALLAH! that very important ways to make sure we can avoid from do more mistake.. minimize it. Then? Make a research or investigate about what we think is useful  and relate information with our mission.. maybe, it's not effect us for short term, but..it will give us benefit or success to our future job or life..

Sometime.. me, myself.. also cannot identify which part or information important and must to be include in my mission in order to achieve my goal.. erm?? sometimes, i think.. the factor because i'm not concerntrate and 'ikhlas' about the thing that i suppose to accomplish.. for another word  'do the job and mind like in the sky' (^_^).. Sometimes that thing happen to myself.

Lastly..to do some job or thing, right in the first time is more difficult if we are not ready to receive that job, not clear about the goal, and don't have commitment to do the job.. The hidden enemy of non-perfect jobs is.. lazy and careless...

To overcome it, practice ourself to gain more positive spiritual in order to minimize the careless and reduce a mistake.. gud luck for me and all of you.. Chaiyo!(^_^)

* i'm not good in english, just want to try. sory if have any mistake in my grammar and writing.tq(^_^)

Thursday, July 14, 2011

Pentauliahan PALAPES a.k.a Reunionku

Selamat pagi semua (^_^).. harap semuanya sihat-sihat selalu... Hari ni aku nak cerita pasal peristiwa yang boleh dikira menggembirakan bagi aku..apa ye?? Bertarikh 9hb Julai 2011, satu event penting berlaku di UTHM... huh..suspennya ayat..haha.

Majlis pentauliahan palapes yang melibatkan 20 universiti di Malaysia telah berlangsung.. Yang seronoknya.. aku dipertemukan dengan kawan-kawan aku dari UUM dan kawan aku masa khidmat negara dulu..



Dibumbungi oleh cahaya matahari yang sangat terik dan panas.. aku tunggu mereka dekat dewan.. borak-borak kejap, ambil gambar semestinya... Asma, Adli, Mamat, Faiz, Naqib, Zizah dan Jaja.. Dieorang merupakan kawan satu kos dan sebelah blok aku. Hurm.. rindunya lama tak jumpa dieorang,semua dah makin comey.. Yang lagi syok, sempat ambil gambar dengan sarjan dieorang sekali.hehe.

Lagi satu my best friend masa khidmat negara (KN) dulu.. Ain.. yang comey tu, dia navy. Bila ingat masa KN dulu, memang sangat mengujakan dan satu kenangan berharga yang tak dapat dilupakan.. Kiteorang satu dorm, masa tu memang kamcing.. pakai bju pun nak warna sama, lantak p la orang nak cakap apa.. yang penting enjoy.. :-) 


Petang tu aku lepak bilik kawan aku,Asma.. demi memanfaatkan masa, aku pun try baju die.. Merasa juga pakai baju tu.. dah macam aku yang pergi tauliah pulak..hehe.

Apa-apa pun kenangan hari tu memang tak dapat aku lupakan.. sekali seumur hidup kot.. Kepada kawan-kawan, harap kita semua dapat jumpa lagi.. The real reunion... Bila??? Masih dalam perancangan..hehe. Assalam..(^_^)

Tuesday, July 12, 2011

Masakan Jawa- Semestinya terbaik!!

Assalamualaikum semua...
Zaman sekarang ni, semuanya ada..tak kira la makanan ke, pakaian, gadget etc. pasal makanan, bukan setakat masakan melayu je.. masakan cina, india, barat, nyonya dan macam-macam lagi lah.. al maklumlah demi menyahut seruan kerajaan..hidup 1 Malaysia!! (^_^)


Hurm, harini aku nak cerita pasal masakan jawa yang aku suka sangat-sangat! memang terbaek dari ladang.. lagi-lagi bila mak aku yang masak.. masakan favourite aku ayam masak padang, masak ungkep, masak pecel,  urap dan lemak cili api... lagi pekat,lagi pedas...memang lagi berselera bila makan.. Nyum!Nyum!.. nak tahu?? Salah satu hobi aku ialah suka makan...tu yang berat badan makin naik kot..haha.




Kalau ayam masak padang, aku suka bila ayah aku yang masak.. memang no.1, bak kata iklan kat tv.. "cukup rasa"...haha. ayah aku pernah ajar aku masak... tapi aku dah terlupa la...hehe. tapi tak apa, my mom pun boleh ajar jugak.. Masak ungkep, ramuan die memang agak banyak, macam ketumbar, serai, halia, bawang etc. Ramuan dalam masak pecel pulak, die guna santan, daun n buah kencur etc.. kalau yang ni akak ngah aku buat memang terbaik..urap.. mak aku pernah ajar dulu.. alhamdulillah menjadi, tapi terlebih pedas lak..huhu.


Ok...rasanya sampai sini jelah.. kalau nak resepi detail, boleh taip kt google..hehe. apa-apa pun.. masakan jawa memang terbaek dan tak lapuk dek zaman.. Sangat menyelerakan..Nyum!nyum!(^_^)

Tuesday, July 5, 2011

Program Induksi- Reward bagi diriku..

Bagi  aku, saat yang mendebarkan, bila nak tunggu result exam keluar. Untuk result semestar akhir aku. Aku baru je habes belajar kat UUM, dan sekarang tengah praktikal kat UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia). Universiti ni terletak di Parit Raja, Batu Pahat. Kira dekat jugak la dengan rumah aku, Parit Yaani.. Ulang alik je. Dalam 30 minit sampai la.
            Berbalik pada debaran aku nak tunggu result.. Makluman dalam HEA, result akan kuar pada akhir bulan 6.. hurm.. aku daftar masuk praktikal 1hb 6, kebetulan dalam bulan tu unit latihan, pejabat pendaftar UTHM ada buat kursus induksi untuk staf dieorang dekat Shah Beach Resort, Melaka.
            Kursus ni dijalankan selama 2 minggu. Kebetulan aku sorang je urusetia perempuan, jadi aku duk bilik sorang je. Bilik die pun ala-ala orang nak honeymoon..Seronok, rasa macam bilik tu aku yang punya. Hehe. Landskap resort ni memang cantik... ala-ala bali gitu.. sangat mendamaikan.. walaupun pantai die xde pasir, yang ada cuma tebing je..
            Ok.. kenapa aku kaitkan kursus induksi ni dengan result aku ye?? Sebab..  hari kedua terakhir sebelum aku balik, result aku keluar.. dan alhamdulillah.. ALLAH tunaikan hajat aku... alhamdulillah aku dapat capai apa yang aku inginkan.. walaupun tak sehebat macam kawan-kawan aku yang lain dan bukannya 4flat.. tapi aku bersyukur sebab target aku tercapai... Bersyukur kepada ALLAH.. hanya DIA lah yang dapat melakukan semua ni.. semuanya atas kuasa dan izinNYA... ALHAMDULILLAH YA ALLAH...
            Jadi.. nak di pendekkkan cerita.. aku anggap penglibatan aku sebagai urusetia kursus tu bukan je dapat tambahkan ilmu dan pengalaman.. tapi aku merasa ia semacam satu reward oleh ALLAH atas kejayaan yang diberikanNYA. Aku terasa diberi satu hadiah percutian je..hehehe..
            Pada hari terakhir aku kat sana, aku betul-betul menikmati keindahan ciptaan ALLAH... desiran pantai yang sangat menyamankan.. pemandangan menghijau yang sangat meyejukkan mata dan hati ku.. TERIMA KASIH YA ALLAH.. Semoga rahmatmu akan sentiasa mendampingi diri ini.. Janganlah ditarik rahmat ini dariku YA ALLAH... Sesungguhnya hanya ALLAH yang Maha Penyayag dan Maha Kuasa..Amin Ya Rabbal Alamin..(^-^)

Monday, July 4, 2011

Kejayaan dan Kegagalan Hidup: Fitrah Manusia atau Kesilapan Sendiri??

Kita semua dah pernah dengar orang berkata yang ‘hidup ini umpama roda.. kadangkala kita di atas dan kadangkala dibawah’... tu tak kira lagi kalau roda kita tu botak ke, bocor ke, meletup ke.. maksudnya?
            Tak semestinya kita akan menggunakan roda yang sama dalam hidup kita, sebabnya... kalau botak or meletop.. kita kena tukar yang baru.. kalau bocor, kita kena la tampal ke, kalau yang sayang nyawa.. dieorang pasti akan tukar yang baru terus...
            Hmmm... apa kaitannyer ek dalam konteks kehidupan??? Memang ada kaitannya.. ia seperti satu gambaran dalam hidup kite.. kadangkala kita akan menghadapi kegagalan yang teramat memberi kesan dalam hidup kita.. yang kita rasa macam tak nak hidup lagi kat dunia ni.. semua serba takkena.. dunia pun kadang-kadang macam berada di dunia khayalan... pemikiran pun terkadang akan berada di bawah sedar..
            Kenapa boleh jadi macam tu yer??? Mungkin sebab kita tak redha dengan apa yang kita hadapi.. kita tak sedar bahawa ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat kita.. tak semua yang kita usaha akan mencapai apa yang kita idamkan or cita-citakan.. Kegagalan ni kadangkala kita tak sedar yang sebenarnya ia dari kesilapan kita..
            Yeke??? Betul sahabatku... kita terkadang tak sedar yang usaha kita tak diiringi dengan beribadat kepada ALLAH.. Solat tak di awal waktu, tak menjaga percakapan dan perbuatan terutama ketika berpuasa, perhubungan sesama manusia pun tak dijaga.. sakit hati, cemburu, dendam.. memang tak boleh lari dari diri manusia.. melainkan mereka sentiasa mengingati ALLAH, berzikir kepadaNYA dan berselawat memuji kekasihNYA.. Nabi Muhammad S.A.W...
            Cara kita nak atasi kegagalan semuanya terpulang kepada diri kita.. usaha kita..doa kita..dan yang paling penting.. TAWAKAL kepada ALLAH.. Ingatlah sahabatku.. sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib diri kita melainkna kita sendiri berusaha sendiri untuk mengubahnya.. Roda yang kita miliki pun akan sentiasa terpelihara dan tahan lasak jika kita jaga ia dengan penuh kesabaran, keredhaan, usaha yang gigih dan disulami ibadah kepada ALLAH.. Mudah-mudahan hidup kita akan sentiasa bahagia dan disinari dengan cahaya kerahmantan oleh ALLAH.. Amin Ya Rabbal Alamin...