Halaman

Wednesday, July 27, 2011

Hadirnya Cahaya Ramadhan...(^_^)

Assalammualaikum wahai umat yang dirahmati ALLAH..
Alhamdulillah...
Jutaan kesyukuran dipanjatkan kehadrat illahi kerana..
Memberi kita nikmat dan peluang untuk hidup dan bernafas di bumi  ini...
Memberi kita rezeki dan umur yang panjang..
Bagi menyambut Ramadhan pada kali ini..

Tetapi..
Adakah waktu yang tersisa ini menjanjikan kita untuk
bertemu dengan bulan yang penuh rahmat dan barakah itu...
Kita semua mengetahui bahawa ajal maut boleh berlaku sekelip mata sahaja..
Walaupun hanya tinggal beberapa saat...
ALLAH lah yang menentukan segalanya..

Ya ALLAH..
Kami takut dengan kemurkaanMU..
Kami takut dengan siksaan yang dijanjikan bagi hambaMU yang ingkar akan perintahMU..
Kami takut Ramadhan yang kami tempuhi ini..
Merupakan Ramadhan yang terakhir buat kami..

Ya ALLAH..
Jika benar sudah tertulis tentang pengakhiran hidup kami..
Berilah kami kekuatan, keimanan dan ketabahan dalam mengisi bulan penuh barakah itu..
Dalam beribadah kepadaMU..
Dengan penuh khusyuk, ikhlas, sabar, istiqamah..
Tuluskanlah nawaitu kami dalam mendekatkan diri kepadaMu..
Buangkanlah dan putuskanlah simpulan-simpulan dan ikatan-ikatan
Hawa nafsu yang selama ini merajai diri kami Ya ALLAH..
Hawa nafsu yang boleh memesong dan meragukan hati kami
Untuk terus menuju ke jalan lurusMU..

Ya ALLAH..
Betapa besarnya nikmatMU..
Betapa luasnya rahmatMU...
Betapa mudahnya keampunan yang diberikan kepada hambaMU...
Bagi hambaMU yang bertaubat dan kembali pada jalan lurusMU Ya ALLAH..

Ya ALLAH..
Kami memohon kepadaMU..
Berilah kami keberkatan dan kerahmatan
Dalam menjalani sisa-sisa hidup ini..
Berilah kami hati dan minda yang sentiasa mengingatiMU
Keinginan untuk sentiasa mendekatkan diri kepadaMU..
Janganlah dijauhkan rahmat dan hidayahMU dari diri kami..

Ya ALLAH...
Yang Maha Pengampun, Penyayang dan Maha Mengasihani..
Semoga kami semua akan beroleh Husnul Khatimah..
Amin Ya Rabbal Alamin..(^_^)

No comments:

Post a Comment