Halaman

Thursday, July 14, 2011

Pentauliahan PALAPES a.k.a Reunionku

Selamat pagi semua (^_^).. harap semuanya sihat-sihat selalu... Hari ni aku nak cerita pasal peristiwa yang boleh dikira menggembirakan bagi aku..apa ye?? Bertarikh 9hb Julai 2011, satu event penting berlaku di UTHM... huh..suspennya ayat..haha.

Majlis pentauliahan palapes yang melibatkan 20 universiti di Malaysia telah berlangsung.. Yang seronoknya.. aku dipertemukan dengan kawan-kawan aku dari UUM dan kawan aku masa khidmat negara dulu..



Dibumbungi oleh cahaya matahari yang sangat terik dan panas.. aku tunggu mereka dekat dewan.. borak-borak kejap, ambil gambar semestinya... Asma, Adli, Mamat, Faiz, Naqib, Zizah dan Jaja.. Dieorang merupakan kawan satu kos dan sebelah blok aku. Hurm.. rindunya lama tak jumpa dieorang,semua dah makin comey.. Yang lagi syok, sempat ambil gambar dengan sarjan dieorang sekali.hehe.

Lagi satu my best friend masa khidmat negara (KN) dulu.. Ain.. yang comey tu, dia navy. Bila ingat masa KN dulu, memang sangat mengujakan dan satu kenangan berharga yang tak dapat dilupakan.. Kiteorang satu dorm, masa tu memang kamcing.. pakai bju pun nak warna sama, lantak p la orang nak cakap apa.. yang penting enjoy.. :-) 


Petang tu aku lepak bilik kawan aku,Asma.. demi memanfaatkan masa, aku pun try baju die.. Merasa juga pakai baju tu.. dah macam aku yang pergi tauliah pulak..hehe.

Apa-apa pun kenangan hari tu memang tak dapat aku lupakan.. sekali seumur hidup kot.. Kepada kawan-kawan, harap kita semua dapat jumpa lagi.. The real reunion... Bila??? Masih dalam perancangan..hehe. Assalam..(^_^)

1 comment:

  1. it is nice to meet old friends....
    http://sahabat-healinghearts.blogspot.com/

    ReplyDelete