Halaman

Monday, July 4, 2011

Kejayaan dan Kegagalan Hidup: Fitrah Manusia atau Kesilapan Sendiri??

Kita semua dah pernah dengar orang berkata yang ‘hidup ini umpama roda.. kadangkala kita di atas dan kadangkala dibawah’... tu tak kira lagi kalau roda kita tu botak ke, bocor ke, meletup ke.. maksudnya?
            Tak semestinya kita akan menggunakan roda yang sama dalam hidup kita, sebabnya... kalau botak or meletop.. kita kena tukar yang baru.. kalau bocor, kita kena la tampal ke, kalau yang sayang nyawa.. dieorang pasti akan tukar yang baru terus...
            Hmmm... apa kaitannyer ek dalam konteks kehidupan??? Memang ada kaitannya.. ia seperti satu gambaran dalam hidup kite.. kadangkala kita akan menghadapi kegagalan yang teramat memberi kesan dalam hidup kita.. yang kita rasa macam tak nak hidup lagi kat dunia ni.. semua serba takkena.. dunia pun kadang-kadang macam berada di dunia khayalan... pemikiran pun terkadang akan berada di bawah sedar..
            Kenapa boleh jadi macam tu yer??? Mungkin sebab kita tak redha dengan apa yang kita hadapi.. kita tak sedar bahawa ALLAH lebih tahu apa yang terbaik buat kita.. tak semua yang kita usaha akan mencapai apa yang kita idamkan or cita-citakan.. Kegagalan ni kadangkala kita tak sedar yang sebenarnya ia dari kesilapan kita..
            Yeke??? Betul sahabatku... kita terkadang tak sedar yang usaha kita tak diiringi dengan beribadat kepada ALLAH.. Solat tak di awal waktu, tak menjaga percakapan dan perbuatan terutama ketika berpuasa, perhubungan sesama manusia pun tak dijaga.. sakit hati, cemburu, dendam.. memang tak boleh lari dari diri manusia.. melainkan mereka sentiasa mengingati ALLAH, berzikir kepadaNYA dan berselawat memuji kekasihNYA.. Nabi Muhammad S.A.W...
            Cara kita nak atasi kegagalan semuanya terpulang kepada diri kita.. usaha kita..doa kita..dan yang paling penting.. TAWAKAL kepada ALLAH.. Ingatlah sahabatku.. sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib diri kita melainkna kita sendiri berusaha sendiri untuk mengubahnya.. Roda yang kita miliki pun akan sentiasa terpelihara dan tahan lasak jika kita jaga ia dengan penuh kesabaran, keredhaan, usaha yang gigih dan disulami ibadah kepada ALLAH.. Mudah-mudahan hidup kita akan sentiasa bahagia dan disinari dengan cahaya kerahmantan oleh ALLAH.. Amin Ya Rabbal Alamin...

1 comment:

  1. Agreed no more. Only Allah knows the best for us... Don't give up...

    ReplyDelete